About Me

My photo
Jitra, Kedah, Malaysia
Assalamualaikum. Welcome to my blog.. I'm deeba.. I'm 20 years old, be my follower ya, thanks readers.. :) "go go go , fight fight fight , win win win"..enjoy k..

Pengikut Setia Saya :)

Kek Coklat ^_^

Assalamualaikum semuaa pembaca :)

Dah lama aku tinggalkan blog ni tanpa khabar berita . Hihikk . So, sekarang ni aku pun dah tak berapa ada idea nak menaip . Jari jemari pun dah keras bak kayu kot . Kahkah ! 

Okay ! Berbalik pada tajuk kat atas tu kan "kek coklat" macam sedap je kan . Hihi . Eh, kek coklat memang sedap pun kan :D
Takde , sebenarnya aku dah banyak kali belajar nak buat kek coklat ni . Yelahh , kek coklat tu kan sedap . Dah jadi favourite aku la tu . Banyak resepi dah aku cari . Paling banyak kat Mr.Google ni la . Mr.Google ni dah macam boypren aku dah . Sebab apa ? Sebab semua benda yang aku tak tau aku search je .Dah macam boypren kan ? :D Tak kisah la apa pun kan . Okay balik pada cerita sebelum aku menyimpang jauhh . Hmm , memandangkan sekarang ni aku dah macam 'bibik' dekat rumah ni , so kerja kerja memasak ni semua dah jadi kerja aku -.- Jadi , kalau resepi apa apa yang aku nak try aku just google . So , macam kek ni jugak lah . Google je resepi dia . Tapi bila aku try dengan resepi kat google ni tak menjadi pun kek aku tuh . Jadi cuma lebih kurang je . 
Kadang2 tu rasa macam putus ada pun ada . Pastu dalam tiga atau empat bulan camtu , aku dah tak buat sebab aku tau dah mesti tak jadi punya. Then bulan lepas semua mak menakan nak buat kenduri birthday kat rumah aku. Yelahh , rumah aku ni dah macam tempat adik-beradik semua berkumpul. So, kalau nak buat kenduri apa apa , mesti buat kat sini . Then aku rasa nak ringkaskan cerita sebab kalau nak cerita semuanya tersangat lah panjang . Aku pun tak larat nak menaip banyak banyak . \

Okay camni , pada hari kenduri tu lah kezen aku yg namanya Farah ni mai umah aku nak buat kek. Dia tua daripada aku , so panggil kak Farah lah. Kak Farah ni belajar bab bab katering kan. Pastu pernah keja kat restoran hotel. So, dia dah banyak pengalaman lah bab bab ni. Then haritu time dia tengah buat aku pun tolong la sekali. Dengar je dia nak buat kek coklat aku apa lagi , memang nak sangat lah . Bila tolong dia , tengok cara dia buat baru lah faham. Sebelum ni resepi yang aku ikut dari internet ni bukan betul pun. Patut lah kek aku tak jadi ! Cewahhh , nampak ? Aku salahkan siapa ? Hihikk . Abaikan !
Then kek tu cuma buat sebijik. Pastu tetamu petang tu ramai sangat sampai kek tu coklat tu memang tak cukup. Kek lain yang dibeli kat kedai tu pun ada jugak . Tapi tau lah kan birthday , memang ramai budak2 serbu kek ni lebih . Budak2 yg mai tu pun just nak makan kek . Budak2 memang suka kek ehh? Then dah habis majlis petang tu, ada lagi mak menakan nak mai malam tu pulak. Pastu makndak nak suruh buat lagi kek . Malam tu aku dengan best kezen yg nak belajar buat kek pun mulakan operasi . Operasi apa ? Operasi membuat kek coklat 2 biji . Adik beradik kan ramai . So, sebiji memang tak cukup ! Kak Farah pun sedia mengajar kami berdua ! Aku tau dah cara2 nak buat tu sebab aku tolong kak Farah petang tu. Kiranya kak Farah malam tu just jadi monitor je la kerja kami. Then, dalam masa dua jam setengah lebih kurang kek pun siap ! Tak nak citer panjang panjang , ni gambar diaaa !


           Sebijik susah la ehh . Yang kedua tak snap pun .


Okay , setakat ni saja untuk malam ni . Nanti kalau ada idea kita berjumpa lagi ye followers sekalian !

Yang sudi baca terima kasih . Salam :)

Setelah sekian lama...

Assalamualaikum semua followers :)

Lama jugak lah aku tak bukak blog nih . Fuhh , bersawang ! Haha .
Hmm , taon lepas ambik STPM . So , sibuk sgt sampai tak sempat :D Malam ni tak tau la apa yg mendorong aku tiba tibak pulak nak buat entry . Lama kot aku tinggal dunia blog nih . Hampir setahun dah aku tak bercerita . Kalau dulu ade je cerita aku nak story .

 Then , bila lama tak berjinak jinak dengan blog ni , nak buat entri pun rasa macam aku tak layak pulak nak terjebak dengan dunia blog ni . Hmm , ntah la . Malam ni tinggal aku keseorangan di rumah sebab mak , abah , abang , tok dgn adik adik semua ikut pergi hospital melawat sepupu yang tengah kritikal sebab buah pinggang dia rosak . Kesian aku tengok dia . Baru je nak masuk 14 tahun . Hmm , dugaan untuk dia . Aku nak ikut pun sebab kereta dah tak muat . So , aku pun jadi malas nak berhimpit himpit . Pening nak bersempit sempit . Baik aku tak payah ikut . Semalam pun aku dah pegi tengok . Sedih tengok keadaan dia .

Eh , berbalik pada cerita . Haaa , okay okay ! Tajuk kat atas tu tak semenggah dengan cerita pun . Dah duduk sorang sorang camni aku pun tiba tiba jer teringat dekat blog yang dah lama aku tinggalkan . Kesian dekat blog ni kan . Hihi :D
Aku pun sebenarnya dah lupa macam mana nak setting blog ni . Ye lah , lama dah tak bukak . Habis lupa semua . Hm , takpe lah . Pelan pelan lah aku akan mula berjinak balik .

Okay aku pun dah lupa apa benda aku nak cerita . So , jumpa lagi nanti dengan entri lain .

Sekiann . Terima kasih :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...