About Me

My photo
Jitra, Kedah, Malaysia
Assalamualaikum. Welcome to my blog.. I'm deeba.. I'm 20 years old, be my follower ya, thanks readers.. :) "go go go , fight fight fight , win win win"..enjoy k..

Pengikut Setia Saya :)

tak shuka. . . tak shuka. . . ;p

hmm , korng nk tau ape yg aku tak shuka.. meh cni dduk diam2 aku nk citer, klw xnk dgr pown xper sbb memg xley dgr pown kan2?? kah3.. sabdol btul la,,heh . hm , cmneh,, hri neh aku neh rsa sdikit kebuhsanan . ckit jer eh, xbyk *wlaupown buhsan nk mampos* tp xmampos lg larh,, haha.. 


hm . . aku nk luahkan sdikit apa yg aku rsa sjak aku start dgn *blog2* neh.. first tuh memg larh rsa fuiyooo besh giler boleh ada blog sndri.. boleh la aku nk mrapu yg bukan2, haha.. tp bila dh ada, cm mls pulak nk update larh, nk kna hias ckit2 bg cun blog neh, tkde la ksong sgt kan2?? klw ksong sgt,, sesape pown tak nk jenguk . hm, hri neh buhsan tataw nk buat pe.. aku sesaje waste time buat *walking blog* haha.. ayt poyo giler kan ?


hmm..biar larh poyo skali skala kan?? aku singgah dri satu blog ke satu blog.. aku da pown follow stiap blog2 yg aku smpat singgah tuh kan ~ tp xde hsilnya pown,, korng tau tak pe hrapan aku bila da follow blog dorng.. aku hrapkan sesangat dorng nk follow blog aku neh ha yg tak sberapa bgus.. siap tinggalkan psanan lg larh, tp ape yg aku dpt.. hampeh btul larh.. -,- mentang2 larh dorng tuh da byk follower,, nk blagak pulak xnk follow aku blek,,haha *mngada* aku gurau jer larh..


bia la kan org tuh nak follow ker tak(ayt org yg slalu nsehat aku).. nsihat tak mkan saman larh.. aku ttap dgn pndrian aku..nk byk follower mcm blog2 yg aku pnah singgah.. jeles uits ~ tp bila aku bkak jer blog neh pa yg aku nk tgk ialah *bilangan follower bertambah* korng phm tak ? tak phm ? tak phm suda.. p brambus.. haha.. gnas giler..


hmmm,, aku pown dh xde mood nk mrepek pnjng2.. neh jer lah pe yg aku nk luahkan *hakktuihh*... fuhh ~ lega aku.. hahah ;p berasid btul..

Mana Surat Tawaran ???

warghh!!! tensyen..tensyen.. bila la postmen nak mai umh aku then bg surt tawaran dri sruhnjya perkhdmtan awan neh.. da lma ku tnggu.. kengkawan laen sume da dpt,, da nk pegi interview da pown.. waaa. . jelesnya aku.. agknya postmen neh xmau mai umah aku la kowt,, kan2 ?? hurmm.. sdeyhnya :'( 


aku nak sesangat dapt surt twaran tuh,, bila lagi larh turn aku nehh.. tak lyak ker aku ??



tgk budak tuh haaa,, cm sdeyh kan2 ?? mcm aku neh la yg tgh bersedih :'(


hurmm,,xpe lah, aku akn trus mnnti dgn penuh kesabaran *chewah* wlaupun ksabaranku mkin tipis da neh
korng doakan lah bg aku dpt erk.. aku mghrap sgtttt2.. hmmmm

my story.. *tah apa2*

hey..hey..heyy.. haa, kli ni aku nk cita cket,, sbb aku nehh malas lah nk cita bab2 msalah aku dalam blog aku neh.. sbbnya smua org kan buley baca apa yg kita postkan.. jdik aku ta nak lah nnt org yg bca 2 trase pulak kan ~ tp kli neh aku rse nak merapu ckit larh dlm blog neh,, xde la formal sgt kan.. so, blog neh jugak lah yg jdik mgsa akuw,, huhu,, xpe blog, aku syg kaw ~ ngee :D


hmm, xpe2 blik pada cita aku neh,, korng tau kan "frust 2 ape.. hm, klw tataw buat2 taw jer lah erk.. sbb klw tataw 2 memg truk jugak larh an..hehe. hm, cita bab2 frust neh, bukan aku lah yg frust, tp kengkawan akuw tuh haa.. frust ber..cintan ~ aku neh klw frust tak da la mslah cintan2 neh,, buang msa jew larh, dlu akuw klw frust bab study larh manyak skali..heh, frust giler bila exam failed..xtau nk cita larh kan,, tapi smua da brakhir, sbb akuw pown da hbis pmblajaran di skolah n tgh tnggu nak smbung blaja pulak larh, tataw la kt mna pulak lpas neh.. tp aku just hrapkan dpt SPA(suruhanjaya perkhidmtan awam)..bidang nursing, yg aku minat skali larh 2,, haha.. dah2,, oke2..


hohoo..aku da melalut pe da neh, da tukar topik pulak kan ~ hm, oke2..kita smbung blik erk bab2 td. Ape aku nk cita td ? heh, lupa pulak.. haaa, da ingat ! aku cita bab frrust, kan2 ??
hmm, frust, frust, frust... rse truk kan klw frust, mnyampah la akuw.. kdg2 tnsyen tgk org frust, chewah da org kata nak tnsyen buat apa kan klw org laen yg frust,,haha, aku bukan jnis gitu.. tnsyen aku 2 sbb trut mrasa smpati larh kan.. hishh ~ jgn la asyik pkir prasaan kita jew, sbg kengkawan neh, aku ambk brat jugak lah hal kwn2 aku nehh.. truk la korng klw biar cm 2 kan. kita neh kan hdup bermasyarakat.. kena la ambk brat jugak..hohooo, mcm lah aku baek sgt kan2 ?? siap ceramah kt org pulak.. takde lah, aku pown mcm korng2 jugak,, saje buat2 baek,,haha :D


hmmm, korng pnah dgr tak ape tuh "frust menonggeng" haha.. mcm mna tuh erk # msti smpai tertonggeng kan..haha. bg aku lucu btul larh. tp mcm pelik kan ? tah la,,aku pown da xtau nak cita pe lg.. okeyh la guys
kita jmpa lg di laen episod,,hehe.. ini saje utk mengisi kebuhsanan aku neh. mula la nk mngarut kan.. sbb aku dh tataw nak cita pe dh..

~ Renungan Seketika ~

Mungkin kita pernah berasa kesunyian melanda sanubari yang pada waktu itu 
terjadi, kita merasakan diri kita ini amat hampa, ada yang seakan hilang entah
ke mana. Hati terasa begitu terseksa sehingga malam hari pun kita selalu terjaga..


Apabila hal itu berlaku tatkala kita berasa tidak seorang pun yang dapat memahami
kita, tidak ada tempat untuk berkongsi cerita, berkongsi duka atau berkongsi rasa.
Hidup ini kita akan terasa semakin terseksa sehingga segala yang dibuat tidak lagi 
bermakna..


Apabila itu yang kita rasakan, mungkin ada selama ini kita lupakan. Bahawa ketika
sedar daripada mimpi dan termangu dalam kesunyian, di saat itu sebenarnya Allah
ada. Dia selalu memantau dan menemani kita dengan kasih sayang yang begitu
mendalam. Dia akan selalu mengiringi tidur kita yang sepi dan menjaga diri kita
insan yang lemah ini..


Namun, hal itu hanya akan terjadi apabila kita mahu meyakini bahawa Allah itu 
benarr adanya dan tentu nama-Nya tertera dalam hati kita. Dengan kata lain, kita
mahu mengimani dan mencintai-Nya dengan sepenuh jiwa..


Pernah atau tidak kita menyedari hal itu ???


Allah telah memberikan begitu banyak nikmat dan anugerah kepada kita. Allah telah
membuat hati yang muram manjadi bersahaja, yang suram menjadi bercahaya, yang
lugu menjadi dewasa dan yang kerdil menjadi raksasa. Sepertinya kita tidak boleh
larut dalam kesedihan kerana Allah menganugerahkan rasa sepi dalam hati kita
 untuk menguji betapa kuat cinta kita kepada-Nya..


Sehingga dengan sepi itu kita mampu lebih khusyuk mendekati-Nya...



Only Love Can Do !!

Sometime you might feel
That you'll be happier alone
But it's always nice to have someone
To laze around with...
Someone to think... about...
Someone to care about...
Someone to share your joy...
And someone to kiss
So take a chance...
You'll never know what you will get
Until you have really tried...
So if there's somebody you miss...
Tell them  that you do..


Cause there's something only love can do !!

KAWAN OH KAWAN

Ada seorang kawan
Nampak macam rakan
Ikhlas di depan
Di belakang kutuk kawan

Ada beberapa kawan pula
Nampak macam rakan
Gelak ketawa gembira sakan
Dalam diam-dian dia sapu duit kawan

Kawan....
Apa yang kau layan
Sikit punya hal dah nak lawan
Itu bukan namanya "KAWAN"

Wahai teman...
Kenapa jadi begitu
Dulu best kita berkawan
Tapi sekarang
Tercari-cari kemana hilangnya best dulu

Oh rakan..
Hindarilah fikiran sempit ini
Tujuilah impian sendiri
Semoga kita akan bertemu kembali
Walaupun bukan disini lagi....

Sebuah nukilan daripada seorang kawan kepada kawannya...

ANDAINYA LELAKI TAHU....

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda..

C.I.N.T.A

knpa perlu ada cnta ?
knpa perlu berpasangn ?
knpa perlu jemu ?
knpa ..knpa ..knpa..?

soal bercinta sngt payah .
sngat menyakitkn .
sngat pedih untk diterima ...

dulunya suka,bahagia bersamanya ..
hinggalh ungkapan jemu terungkap dri mulutnya ..
ap salah ku ?

cinta tak ada paksaan ...
aku lepaskn mu dengn hti yg  berat ..
dgn seribu kenangn bersama mu .
aku pasrah. .

itu sdah menjadi ketentuan illahi .
aku bkan milik mu lg .
xkn ku lupa kenangn bersama mu ...
sehinggalh aku ditemukn dgn orang yg bnar menyintai tanpa prnh rsa  jemu dan ikhlas.

moga hdup mu lebih bhagia tnpa ku...
terima kasih cinta ku yang lalu..
menjadi sejarah dlm hidupku..

i want to be..

♥♥..I want to be that girl that you can never stop talking about..♥♥
♥♥..that girl who you can't stop thinking about..♥♥
♥♥..that girl that makes you smile..♥♥
♥♥..that girl that admier's your sense of humor..♥♥
♥♥..that girl you call late at night to talk..♥♥
♥♥..that girl ur laugh with..♥♥
♥♥..that girl that makes your world stop..♥♥
♥♥..that girl that makes you happy..♥♥
♥♥..and that girl you love so much..♥♥ 

Adakah Cinta Memerlukan Sebab ????

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalandi tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada sisuami. 
Ini dialog mereka..
Isteri : Mengapa abang menyukai saya?Mengapa abang cintakan saya?


Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!


Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.


Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!


Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya.




 Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, Semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi.
 Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya. Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata "Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, Mempunyai suara yang merdu, Penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, Di situlah cinta Abang bersama Sayang!"
Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.
Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. 

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.Surat tersebut berbunyi begini :"Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah?

 Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati.."

jika aku...

Ya Allah.....
jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada Mu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintai Mu...

Ya Muhaimain....
jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada Mu...

Ya Allah...
jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada Mu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta selain Mu....

Ya Rabbi....
jika aku jatuh cinta, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dari Mu...

Ya Rabbul Izzati....
jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu...

Ya Allah...
jika aku rindu, jagalah rinduku padanya, agar tidak lalai aku merindukan syurga Mu...

Surat Dari Anak Mak yg Dah Tak Degil

Mak...
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari...
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih...
Mak tau tak...
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa...
dan itu juga terakhir kalinya
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh...
nak tinggal kan anak-anak mak... nak tinggal kan dunia fana ni...
Mak macam dah sedia...
Seminggu sebelum tu...
Mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai...
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu...
Tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih...
Kakak pun rasa hairan...
Mak tak penah buat gitu...
Pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak...
Tapi mak seolah-olah tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam ...
Kengkadang siaran indonesia ...
Mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...
Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih-bersih...
Pastu mak jemur karpet-karpet. ..
Pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
Mak biarkan ruang tu kosong..
Rupanya kat situ jenazah mak diletakkan...
Paling menarik sekali mak bagitau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
Ada kat dalam almari...
Ada kat dalam dalam beg...
Ada dalam ASB...
Ada kat dalam Tabung Haji..
Mak cakap tak berapa cukup lagi...
Ada kat dalam gulung tikar...
Masa tu mak perasan takk..??
Kiter gelak sakan bila mak bagitau duit dalam gulung tikar...
Kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
Mak cuma gelak jer...
Eeemmm..bahagiaa nya saat ituu...
Mak... Hari tu hari sabtu 18 Ogos 1999 pukul 3 petang mak tiba-tiba sakit perut...
Bila malam tu kiter sampai dari KL...
Mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk...
Mak tetap takmau pi hospital...
Dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital...
Tapi kiter berkeras juga pujuk..
Nanti di hospital ada doktor...
Ada ubat untuk mak..
Kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer...
Mak tetap tak bersetuju...
Mak memang degil..
Tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk...
Mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
Kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital...
Mak...
Ampunkan kami semua...
Kami nak mak sehat...
Kami sayang mak...
Kami tak mau mak sakit...
Kami terpaksa juga hantar mak ke hospital...
Ampunkan kami yer mak...
Mak... Malam itu abang bawa mak ke hospital
Dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak
Kiter kata nak beli kereta...
Mak asyik tanya ajer..
Cukup ker duit..
Kiter jawab pula...
Kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
Mak gelak ajerr...
Lepas tu bila kereta kiter sampai...
Mak buat kenduri kesyukuran...
Dan kiter masih ingat lagi...
Bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor...
Punya la kiter takut...
Kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak...
Bila balik sahaja kampong...
Kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj...
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
Mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga...
Mak...
Tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
Mak, kiter menipu mak kan ...
Ampon kan kiter...
Mak...
Jam 4.30 pa gi 19 Ogos 2006
Bila tiba aja kat hospital...
Nurse tengah balut mak dengan kain putih...
Mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak...
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak...
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
Mesti mak nampak semua tu kann... kann... kannn...
Mak tau tak...
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
Jalan di depan terasa makin kelam...
Airmata dah tak mampu di tahan...
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
Di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
Kosong...sekosong hati ini...
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya...
Terasa syahdu dan sayu...dinginnnn...
Mak...
Kiter masih ingat lagi...
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ...
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi...
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak...
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan...
Mak perasan tak...?
Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter...
Dia kata... "dikk...jangan nangis... kalau sayang mak jangan buat gitu... jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
Lagi laaaa... laju airmata ni..
Tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak...
Mak...
Sampai takat ini surat ni kiter tulis...
kiter nangis ni...
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi...
Takder orang yang bangun lagi...
Kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
Kiter rindu kat mak..!
Takpa la...
Nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
Kiter baca yassin untuk mak...
Mak tunggu ya..!
Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya...
Semua anak-anak mak mengelilingi mak...
Menatap wajah mak buat kali terakhir...
Semua orang kata mak seolah-olah senyum aja...
Mak rasa tak...
Masa tu kiter sentuh dahi mak...
Kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk...
Kiter tak mampu nak cium mak...
Kiter tak daya...
Kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan...
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
Tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak...
Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah...
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
Badan akak terasa panas...
Makk...
Anak mak yang seorang tu demam...
Mak tauu...
Cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .
Mak... Hari-hari ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
Boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap...
Masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan...
Entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar-gambar mak pastu apa lagi...
Semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
Tangisan tak dapat dibendung...
Mak tauu...
Kiter cuba bertahan...
Memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak...
Nak cakap dengan mak...
Anak mak yang ni dah tak betul kan ...????
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata... "tak baik laa nangis aje.. doa lah untuk mak.."
Dan akhirnya akak juga nangis...
Mak tau tak..
Di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
Rasa nyilu sangat...
Menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni...
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...
Hanya sedekah al-fatihah kiter berikan...
Mak...
Cukup la sampai sini dulu...
Kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu...
Kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
Selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ...
Kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
Esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula...
Mula-mula kiter tak tau nak hantar mana surat nih...
Pastu kawan kiter bgtau...
Simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...k
Kiter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak
I LOVE YOU SO MUCH
Dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
Memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
Sampai masuk universiti..
Sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
Boleh rasa duduk kat negara orang... sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..
Sekian terima kasih,
Yang Benar Anak mak yang dah tak degil..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...