Mungkin kita pernah berasa kesunyian melanda sanubari yang pada waktu itu
terjadi, kita merasakan diri kita ini amat hampa, ada yang seakan hilang entah
ke mana. Hati terasa begitu terseksa sehingga malam hari pun kita selalu terjaga..
Apabila hal itu berlaku tatkala kita berasa tidak seorang pun yang dapat memahami
kita, tidak ada tempat untuk berkongsi cerita, berkongsi duka atau berkongsi rasa.
Hidup ini kita akan terasa semakin terseksa sehingga segala yang dibuat tidak lagi
bermakna..
Apabila itu yang kita rasakan, mungkin ada selama ini kita lupakan. Bahawa ketika
sedar daripada mimpi dan termangu dalam kesunyian, di saat itu sebenarnya Allah
ada. Dia selalu memantau dan menemani kita dengan kasih sayang yang begitu
mendalam. Dia akan selalu mengiringi tidur kita yang sepi dan menjaga diri kita
insan yang lemah ini..
Namun, hal itu hanya akan terjadi apabila kita mahu meyakini bahawa Allah itu
benarr adanya dan tentu nama-Nya tertera dalam hati kita. Dengan kata lain, kita
mahu mengimani dan mencintai-Nya dengan sepenuh jiwa..
Pernah atau tidak kita menyedari hal itu ???
Allah telah memberikan begitu banyak nikmat dan anugerah kepada kita. Allah telah
membuat hati yang muram manjadi bersahaja, yang suram menjadi bercahaya, yang
lugu menjadi dewasa dan yang kerdil menjadi raksasa. Sepertinya kita tidak boleh
larut dalam kesedihan kerana Allah menganugerahkan rasa sepi dalam hati kita
untuk menguji betapa kuat cinta kita kepada-Nya..
Sehingga dengan sepi itu kita mampu lebih khusyuk mendekati-Nya...
No comments:
Post a Comment